Thursday, April 8, 2010

SINGGANG IKAN




Bahan-bahannya:
3 biji cili merah, ditumbuk halus
1 batang serai, ditumbuk halus
1 keping asam gelugur
500 ml air
½ camca teh serbuk kunyit
2-3 keping ikan tenggiri, dipotong dadu sederhana besar
6-7 putik jagung, dihiris nipis bulat
Sedikit garam dan gula

Cara membuatnya:
1.Jerang cili merah bersama serai, asam gelugur, air dan serbuk kunyit di dalam periuk sehingga mendidih
2.Masukkan ikan tenggiri bersama putik jagung. Biar sehingga jagung empuk.
3.Akhir sekali masukkan garam dan gula.
4.Sedia dihidangkan

SIAKAP WANGI




Bahan-bahannya:
3 biji cili merah
1 batang serai, dibersih dan dihiris halus
1 biji bawang besar, dihiris halus
75 ml susu cair
1 biji limau nipis, diperah airnya
½ camca teh serbuk kunyit
4-5 tangkai daun kesum, dihiris halus
Sedikit garam dan gula pasir
1 ekor ikan siakap (anggaran 600g) diperap bersama ½ camca teh garam
Daun pisang secukupnya

Cara membuatnya:
1.Kisar cili merah bersama serai dan bawang sehingga halus
2.Gaul cili bersama susu cair, perahan limau nipis, serbuk kunyit, daun kesum, garam dan gula pasir di dalam mangkuk sehingga sebati.
3.Lumur bumbu itu pada seluruh ikan. Bungkus ikan di dalam daun pisang.
4.Bakar ikan di atas api atau panggang sehingga masak.

PISANG KARAMEL


Bahan-bahannya:
3 camca besar mentega
4 biji pisang montel, dibelah memanjang
4 camca besar gula perang
1 camca besar air limau nipis
2 camca besar badam tanpa kulit, dibakar
Aiskrim atau kastard

Cara membuatnya:
1. Cairkan mentega dan susun pisang di dalam bekas tahan panas
2. Tabur gula dan tuang air limau di atasnya. Bakar pisang pada suhu 180c, 15 minit
3. Hidangkan Pisang Karamel bersama badam, aiskrim atau kastard.


LEMPENG DAUN SELOM BERINTI CENDAWAN




Bahan-bahannya:
100 g tepung serba guna
½ camca teh garam
1 biji telur
300 ml susu segar
50 g daun selom, dicincang
Minyak untuk mendadar
100 g keju Mozzarella, diparut
Hirisan cili merah dan cili hijau

Cara membuatnya:
1.Bancuh semua bahan kecuali minyak dan keju sehingga sebati
2.Panaskan minyak di dalam kuali (seelok-eloknya kuali leper). Dadarkan bancuhan sehingga mendapat lapan keping.
3.Gulung lempeng bersama inti (seperti membuat kuih ketayap). Atur lempeng berinti di dalam magkuk dan tabor keju parut. Bakar lempeng sehingga keju cair.
4.Hias lempeng dengan hirisan cili merah dan cili hijau.

Bahan-bahan inti:
25 g mentega
4 ulas bawang putih, ditumbuk
400 g cendawan tiram, dihiris
50 g tepung serba guna
1 camca the serbuk cili
350 ml susu segar
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1.Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan cendawan hiris.
2.Kacau sehingga rata
3.Tabur tepung pada bahan tumisan tadi dan kacau.
4.Masukkan serbuk cili, susu segar, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga inti pekat. Apabila inti cukup masak barulah diangkat.

LEMAK PUCUK PAKU CENDAWAN KUKUR





Bahan-bahannya:
2 ikat pucuk paku
50 g cili padi
2 cm kunyit hidup
4 biji bawang merah
50 g ikan bilis, ditumbuk
1 mangkuk santan
200 g cendawan kukur, direndam
1 batang serai, diketuk
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Siang pucuk paku dan bersihkan.
2.Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan bawang merah sehingga lumat.
3.Masukkan ikan bilis dan bahan tumbuk di dalam periuk bersama santan. Masak sehingga kuah mendidih.
4.Masukkan cendawan, pucuk paku dan serai di dalam kuah.
5.Kacau sehingga sayur masak.
6.Masukkan garam secukup rasa.

KUIH TEPUNG PELITA




Bahan-bahannya:
Daun pisang secukupnya
Gula pasir secukupnya

Lapisan bawah:
25 g tepung beras
½ liter air
5 helai daun pandan, diambil airnya

Lapisan atas:
25 g tepung beras
½ liter pati santan
½ camca teh garam

Cara membuatnya:
1.Salai daun pisang di atas api sederhana. Kemudian potong segi empat, dibentuk menjadi acuan.
2.Masukkan satu camca teh gula pasir di dalamnya.
3.Campur semua bahan lapisan bawah, kacau sehingga sebati dan masak. Kemudian tuang sedikit bancuhan lapisan bawah di dalam acuan.
4.Campur semua lapisan atas, kacau sehingga sebati dan masak sehingga pekat.
5.Tuang lapisan atas di atas lapisan bawah. Biarkan sejuk.

KERABU ULAM KAMPUNG




Bahan-bahannya:
100 g pucuk paku
100 g pucuk betik
100 g daun selom
100 g pegaga
2 biji bawang besar
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
100 g udang kering
200 g kelapa parut, dibuang kulit arinya
Perahan 2 biji limau nipis
1 kiub pati ayam
1 kiub pati udang

Cara membuatnya:
1.Celur pucuk paku dan pucuk betik berasingan. Angkat dan sejat.
2.Hiris hals pucuk betik, daun selom, pegaga, bawang besar, cili merah dan cili hijau. Ketepikan.
3.Sangrai udang kering dan kelapa berasingan sehingga kekuningan. Kisar halus.
4.Gaul semua bahan di dalam mangkuk, masukkan perahan limau nipis, pati ayam dan pati udang. Kacau rata dan hidangkan.

KERABU SOTONG JANTUNG PISANG




Bahan-bahannya:
1 biji jantung pisang
2 ekor sotong
1 biji bawang besar, dipotong dadu kasar
½ biji nanas, dihiris kecil
1 biji cili hijau, dihiris serong
1 biji cili merah, dihiris serong
100 ml pati santan
½ kiub pati bilis
½ camca teh belacan, dihancurkan
1 camca teh perahan limau

Cara membuatnya:
1.Celur jantung pisang sehingga empuk. Ambil bahagian tengahnya sahaja (berwarna putih). Ketepikan.
2.Bersihkan sotong, potong bulat dan kukus sehingga masak.
3.Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidang bersama nasi.

Panduan: Jika suka, bolehla ditambah ulam lain. Sotong juga boleh digantikan dengan

JANTUNG PISANG LEMAK BILIS




Bahan-bahannya:
Minyak untuk menumis
500 ml santan
1 biji jantung pisang, direbus sehingga empuk dan dihiris
1 batang serai, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
150 g bawang merah
50 g bawang putih
50 g cili padi
50 g kunyit hidup

Cara membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
2.Masukkan santan dan semua bahan lain. Kacau sekali sekala.
3.Apabila kuah mendidih sedikit, padamkan api dan angkat.

IKAN KUKUS BERHIAS




Bahan-bahannya:
1 ekor ikan merah (anggaran 2kg)
Garam secukupnya
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 cm halia
1 camca besar lada sulah
Sedikit serbuk perasa

Untuk hiasan:
1 tangkai daun bawang, dihiris halus
1 tangkai daun sup, dihiris halus
Sedikit bawang goreng
2 biji tomato, dipotong bentuk kelopak bunga
1 biji sengkuang, diracik halus

Untuk sos:
5 camca besar sos cili
Cuka secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Bersihkan ikan merah, buang sisik, insang dan perutnya. Isinya dipotong nipis dan dilumur sedikit garam. Ketepikan tulangnya.
2.Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan lada.
3.Hiris isi ikan sebesar ibu jari dan gaulkan dengan bahan yang dikisar tadi sehingga sebati.
4.Gentel isi ikan bulat-bulat dan susun di atas tulang ikan tadi. Kukus ikan sehingga masak.
5.Hias ikan dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng, tomato dan sengkuang.
6.Ikan Kukus Berhias ini enak dimakan bersama sos cili bercampur cuka.

IKAN BAKAR SAMBALCECAH





Bahan-bahannya:
1 ekor ikan terubuk (kecil)
1 camca teh garam
1 camca the serbuk lada hitam
Sedikit daun pisang

Bahan-bahan sambal cecah:
2 biji cili merah, dihiris
2 biji cili hijau, dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu halus
80 ml air asam jawa
3 camca besar belacan dibakar dan dihancurkan
Sedikit garam
Sedikit air masak

Cara membuatnya:
1.Perap ikan bersama garam dan serbuk lada hitam. Panggang ikan sehingga masak. Angkat dan hidang di dalam pinggan beralas daun pisang.
2.Untuk membuat sambal cecah, satukan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau rata.

GULAI DAGING BERNANGKA





Bahan-bahannya:
600 g daging
Minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
4 keping nangka muda, direbus sehingga empuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar
100 g cili kering

Cara membuatnya:
1.Potong daging dan cuci bersih.
2.Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, kacau sesekali sehingga naik bau.
3.Masukkan daging dan kacau sehingga mesra.
4.Apabila daging empuk, masukkam santan dan kacau lagi.
5.Apabila kuah mendidih, masukkan nangka rebus dan garam secukup rasa.
6.Biar seketika sehingga kuah pekat sedikit. Angkat dan hidangkan.

DAGING SI HITAM MANIS




Bahan-bahannya:
2 kg daging
1 botol kicap lemak manis
Minyak secukupnya
6 cm halia, digiling halus
6 cm lengkuas, digiling halus
4 batang serai, digiling halus
1 kg bawang goreng
40 tangkai cili kering, digoreng dan dipotong kecil-kecil
Garam dan serbuk perasa secukuonya

Cara membuatnya:
1.Rebus daging sehingga empuk, kemudian hiris nipis dan diketuk sedikit.
2.Perap daging bersama sebahagian kicap semalaman.
3.Goreng daging dan sejat minyaknya.
4.Tumis halia, lengkuas dan serai menggunakan 2 camca besar minyak gorengan tadi.
5.Setelah tumisan garing masukkan daging, baki kicap, bawang goreng, cili kering, garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga masakan kering.

DAGING MASAK ASAM PEDAS




Bahan-bahannya:
300 g daging, dihirs nipis
Minyak untuk menumis
1 camca besar serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas
1 kiub pati daging
Air secukupnya
Sedikit garam

Bahan-bahan dikisar:
6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
4 cm halia

Cara membuatnya:
1.Rebus daging sehingga empuk
2.Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau
3.Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata
4.Masukkan asam gelugur, daun kunyit, daun limau purut, lengkuas, pati daging dan air. Biar mendidih.
5.Masukkan daging bersama air rebusannya
6.Masukkan garam, kacau sehingga mendidih dan angkat untuk dihidang.

DAGING BERKUAH PEDAS




3 camca besar minyak
2 biji terung, dipotong dadu
1 biji bawang besar, dicincang kasar
2 ulas bawang putih, dincincang halus
1 camca besar serbuk cili
1 camca besar rempah kari
250 g daging, dicincang
4 biji tomato, dibuang biji dan dicincang
350 ml air
425 g kacang parang merah berkaleng
400 g cendawan berkaleng, dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak, goreng tepung sehingga keperangan dan angkat
2.Goreng pula bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
3.Masukkan cili, rempah, daging dan tomato. Kacau 3 minit kemudian masukkan air
4.Setelah kuah mendidih, biar mereneh 20 minit
5.Masukkan kacang parang, cendawan dan terung
6.Apabila kuah pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.

BUBUR BIJI NANGKA




Bahan-bahannya:
½ bungkus tepung pulut
25 g tepung gandum
Air daun pandan
Segenggam biji sagu
Pati santan daripada 1 biji kelapa
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

Cara membuatnya:
1.Campur tepung pulut dan tepung gandum. Uli dengan air daun pandan sehingga tidak melekat pada tangan.
2.Masukkan air di dalam periuk, didihkan di atas api.
3.Kepal tepung yang siap diuli dan bentuk seperti biji nangka. Masukkan adunan di dalam air mendidih, biar sehingga masak.
4.Masukkan sagu dan masak sehingga kembang. Akhir sekali masukkan santan, gula dan garam

AYAM SUMBAT BERKUAH MANGGA



Bahan-bahannya:
1 ekor ayam, dicabut tulang (anggaran 1.5kg)
Hirisan mangga untuk hiasan

Bahan-bahan inti:
2 biji bawang besar, dicincang
2 keping hati ayam, dipotong kecil
½ biji lada benggala merah, dipotong dadu
½ biji lada benggala hijau, dipotong dadu
3 camca besar serbuk roti
2 camca besar sos cili
2 camca besar sos tiram
1 camca besar serbuk cili
6-7 biji prun tanpa biji
1 biji telur
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara membuatnya:
1.Gaul semua bahan inti kecuali mentega sehingga sebati
2.Letak inti di atas isi ayam yang dicabut tulang. Gulung isi ayam dan ikat kemas
3.Letak gulungan ayam di dalam tin bakar yang dialas kertas timah serta disapu sedikit mentega. Bakar gulungan ayam ½ jam pada suhu 190c
4.Apabila siap, hias ayam dengan hirisan mangga

Bahan-bahan kuah:
Tulang ayam
1 biji bawang besar, dicincang
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis, dihiris kulitnya
500 ml air
1 camca besar tepung jagung
1 biji mangga ranum, separuh dibuat puri
Sedikit air
Garam dan serbuk lada hitam

Cara membuatnya:
1.Rebus tulang ayam sejam bersama bawang besar, daun limau purut, hirisan kulit limau nipis dan air.
2.Apabila kuah cukup masak, angkat kuah dan tapis.
3.Bancuh kuah yang ditapis bersama jagung. Masak semula kuah di atas api kecil sehingga pekat.
4.Masukkan puri mangga, air garam dan serbuk lada hitam ke dalam kuah dan kacau dua minit lagi sebelum diangkat. Hidangkan bersama hirisan ayam.

AYAM PERCIK ISTIMEWA




Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
Garam dan kunyit untuk digaul bersama ayam
Minyak untuk menumis
1 mangkuk pati santan
3 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugur
Sedikit gula merah, garam dan gula putih

Bahan-bahan dikisar:
100g cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bwang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
Sedikit belacan

Cara membuatnya:
1.Ayam dipotong lapan dan dicuci bersih. Gaul garam dan kunyit pada ayam, perap 20 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
2.Panasjan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.Masukkan santan, serai, asam gelugur, gula merah, garam dan gula putih. Kacau sehingga sebati. Masak sehingga kuah pekat.
4.Lumur kuah pada ayam yang sudah dibakar. Bakar ayam seklai lagi sehingga tampak berminyak.
5.Baki kuah boleh ditunag pada ayam ketika dihidangkan.

AYAM KAMPUNG GORENG SERAI




Bahan-bahannya:
500g ayam kampong, dipotong lapan
100g serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
500ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bhan dikisar:
200g bawang merah
50g bawang putih
50g halia
6 batang serai

Cara membuatnya:
1.Perap ayam bersama kunyit dan garam
2.Panaskan minyak dan goring ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan pati santan dan kacau.
4.Masukkan ayam goring, garam dan gula. Kacau sehingga kuah pekat dan angkat.

Wednesday, April 7, 2010


















Bahan-bahannya:
1 ekor ayam, dibelah empat dan dikelar
4 camca besar sos Hoi Sin
4 camca besar sos cili
2 camca besar rempah kari
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
6-8 camca besar serbuk roti

Bahab-bahan sos:
1 biji lemon
3 camca besar gula
5 camca besar air
1 camca teh tepung jagung
4cm halia muda, dihiris halus

Cara membuatnya:
1. Lumur ayam dengan sos, rempah, garam dan serbuk lada
2. Atur di dalam tin bakar yang dialas kertas timah
3. Tabur serbuk roti di atas ayam
4. Bakar pada suhu 200’c, 30 – 35 minit
5. Jerang semua bahan untuk sos di atas api perlahan
6. Kacau dan renehkan shingga pekat
7. Angkat sos, hidangkan bersama ayam dan kentang goreng atau nasi